Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam
1.
Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada
laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga
diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan
katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup
Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya,
kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan
kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi,
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat
juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat
lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3.
Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan
terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir
pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu
kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab:
53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari
Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali
bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir
bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang
dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan
menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang
sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita
dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti
wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang
ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang
baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa
etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW
serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian
janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak
Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih
baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis
Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani
Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap
orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya.
(Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun
dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah
berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan
wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah
sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana
apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan
menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu
Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan
untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya.
Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa
berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau
mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal
ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh
mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah
kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang
keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32).
Posting Komentar